Blogger Template by Blogcrowds.

(Gambar Pinjam, Terima Kasih)

Salam, kepada teman-teman sekalian. Sekian lama sudah blog generasi dua ini tidak dikemas kini. Akhirnya jari-jemari terasa hendak menaip. Selain mengemas kini blog kita, mari kita mengemas kini pula cerita rakan-rakan kita.... Mula-mula kita kemas kini status 'Bujang' sahabat-sahabat kita...

Mula-mula yang mendahului kita mengakhiri zaman bujang ialah Hibatullah @ Bat dan Isterinya Husna... (Tahun 2000 berapa tak ingat daa... tapi kad jemputan mereka cantik...) Ok Tahniah. Sekarang, Alhamdulillah, mereka sedang menanti cahaya mata. Mereka dalam perancangan ke Australia. Sama-sama kita doakan mereka...

Kemudian, diikuti dengan Aqilah dengan suaminya abang Shahnizam... Alhamdulillah... Jarang-jarang dapat jumpa mereka (Pak Wawan je kot)

Musim cuti sekolah ni, ramai pula... tetiba je dapat jemputan... siapa dia yang mengikuti jejak langkah yang diatas mengakhiri 'bujang'nya...

Ini kadnya...

Tahniah kepada Wan Khalid dan juga NuurHayyu... Sekali Wan Khalid dah maju selangkah lagi daa... 6 Jun di Kuantan, 13 Jun di Presint 16, Putrajaya. Jemput datang ye...

Seterusnya, Kak Aemy dan Nik Mohd Nasrun. (Kad kak Aemy Pak Wawan tak dapat, tapi mesej ada dapat. Pasal tak minta... Jadi siapa yang ada boleh kongsi....). 6 Jun juga, hari Ahad, di Pasir Mas Kelantan. (Jauh juga tu...) Jauh tak jauh siapa nak pergi boleh pakat-pakat... Naik bas boleh, keretapi boleh (ye ke?), kereta pun boleh. Kalau nak jalan kaki, tak payah... Kui kui kui

Baik, calon seterusnya...



Tahniah Hasnul dan juga Zawani... Alhamdulillah... Tak perlu cerita panjang, siapa boleh pergi pakat pergi ramai-ramai... Hadiah jangan lupa bawa. (Hadiah senduk pun jadi la... He he he)

Tahniah pada mereka, kompang balun! Kelopak Kelopak! Jantung! Jantung!

(Pak Wawan ucap tahniah je dapat... nak pergi tak boleh, kena kerja...)

Baiklah, sampai sini dulu celoteh Pak Wawan. Kita tengok siapa pula yang akan menyusul ke jinjang pelamin selepas ini. Jeng! Jeng! Jeng!

P/S: Sesiapa yang pergi kenduri mereka, gambar tu jangan lupa kongsi...


Antara Kita Tiada Rahsia
Susah Dan Senang Tetap Bersama
Terpatri Namamu Kau Takkan Ku Lupa

Sudah Bertahun Lama
Kita Tidak Lagi Bersua
Hanya Tinggal Kenangan
Yang Tak Mungkin Kita Lupa
Kirimkan Khabar Selalu
Seiringan Hembusan Bayu
Sekadar Pengubat Rasa Rindu Di Kalbu

Pantas Masa Berlalu
Meninggalkan Kita Semua
Tanpa Disedari Bertambahlah Usia Kita
Potret Lama Masih Ku Simpan
Ku Bingkaikan Kenangan
Hingga Terkadangku Tersenyum Sendirian…
Oh Perjalanan Kita Masih Jauh…
Jalan Nan Berliku Bakal Kita Tempuh

Imbaslah Kenangan Semalam
Jadi Azimat Penguat Semangat
Menempuh Masa Hadapan
Harapanku Kau Kan Bahagia Selalu….
Padaku Engkau Penghibur Duka
Pengubat Hati Resah Kecewa
Di Kala Malamku Kau Bawa Cahaya….

Antara Kita Tiada Rahsia
Susah Dan Senang Tetap Bersama
Terpatri Namamu Kau Takkan Ku Lupa….
Oh Perjalanan Kita Masih Jauh…
Jalan Nan Berliku Bakal Kita Tempuh

Imbaslah Kenangan Semalam
Jadi Azimat Penguat Semangat
Menempuh Masa Hadapan
Harapanku Kau Kan Bahagia Selalu….
Sematkanlah Bingkisan Rindu Di Kalbu

(Lagu yang Noor Adila Binti Mansor tujukan buat semua)

I'm With You


if

i couldn't call you

so i came directly to you

for those who are really listening

they will definitely understand

for me,

as long as it's you saying it

it doesn't matter how slowly you say it,

i'll still listen

if you can't talk over the phone,

the i'll come to see you,

i'm not a dolphin

that can send message from far away

you, you're also not a dolphin

if you want to walk

no matter how slow it'll be,

i'll walk with you

right now i might not be that reliable,

one day, maybe i'll be able to help

things can't be the same as they were before

but there's this kind of feeling that's linking us together

i don't think that we're living in different worlds

i with regards to you

Thank You



to my friends
there are somethings that i can't say to you face to face
so i'm writing a letter
for always being by my side, thank you
for always encouraging me, thank you
you've found what you wanted to do
and are now working towards it
and seeing that makes me happy
you'll gain a lot of knowledge
and meet a lot of new people
from now on, you'll continue to live on
your future is expanding by infinite proportions
thank you for doing so much for me
for saying that you accept me
even the way i am now, thank you
i'm sorry i can't give you anything in return

Nota Dorongan 4


Buat sahabat-sahabat yang dikasihi,
tiada apa yang harus ku lafazkan,
melainkan kesyukuran dipanjatkan di atas pertemuan kita ini,
yang membawa makna bagiku mengenal hidup bersama dan bersatu hati
menyambung perjuangan baginda s.a.w.

Sahabat-sahabat yang disayangi,
di sini ku mengenal jua,hakikat hidup bersahabat dikala susah mahupun senang,
apabila kuperlukan nasihatmu,dikau memberiku nasihat dan dorongan,
apabila dikau kesedihan,diri ini cuba untuk mengembirakan hatimu dengan janjiNya
yang pasti kepada hambaNya yang bersabar.

Duhai sahabat,
sesungguhnya setiap pertemuan, ada perpisahan,
segala yang berlaku sudah ditentukanNya,
bersama kita saling ingat mengingati akan matlamat dan tujuan hidup ini,
ia bukanlah semata hidup dalam mencapai kebahagiaan duniawi semata,
kebahagiaan yang hakiki juga di taman yang abadi yang kita impikan.

Sahabat,
perpisahan duniawi ini hanya sementara,
kuharapkan kita semua bertemu semula di syurga nun di sana,
bergembira dengan riang dan ukhuwah yang terbina ini sebagai jaminan
hubungan kita keranaNya dan seterusnya ukhuwah ini sebagai pendorong untuk kita
beristiqamah meneruskan perjuangan kita dalam medan dakwah ini ke akhir hayat.

Sahabat,
kupohon kemaafan dengan segala kemungkinan yang menyinggung perasaan kalian
selama perkenalan ini..
salam kemaafan dan perjuangan dariku..

(Aemy Elyani)

Nota Dorongan 3


Selamat “GRAD” kepada yang tak sayang UIA
Tahniah kepada korang!!
Selamat berjuang kepada orang yang masih SAYANGkan UIA!!
TETAPI jangan lupa…
Perjalanan masih jauh…
Banyak kerja yang perlu dilakukan untuk UMAT...
Sesungguhnya janganlah kita lupa
Akan TANGGUNGJAWAB...
Renung-renungkan...

(Mohd Azali)

Nota Dorongan 2


Sebuah kisah telah terukir....
Kisah persahabatan antara kita...
Ukhuwah ini indah bersama...
Bila bertemu dan berpisah kerana Allah...
Pahit dan manis ditempuhi bersama
Andai ada yang rebah...
Lalu yang lain bangun memapah...
Kenangilah saat bersama, kerana itulah
Memori terindah...
Tabahkan hati, kuatkan semangat
Semoga istiqamah di jalan dakwah ini....

Nota Dorongan 1

Teman...
Ketika diri ini kehilangan arah,
Dikau hadir membawa sinar,
Sinar gembira tika duka,
Memimpin diri ke arah bahagia,

Teman...
Tika aku jatuh, kau pimpin tanganku,
Tika aku berduka, kau hiburkan hatiku,

Teman...
Sama-sama kita menaruh harapan,
Bersama-sama kita menggapai impian,
Moga mendapat keredhaan Tuhan,
Pemilik sekalian alam dan,
Pencipta sekalian insan.

(Azril Hisyam)

Siri Nota Dorongan


Assalamu alaikum, teman-teman. Blog generasi dua ini akan diisi dengan siri-siri nota-nota dorongan tulisan ahli-ahli generasi dua. Nota-nota dorongan tersebut akan di dipaparkan secara berkala. Diharap rakan-rakan akan mendapat manfaat dari kata-kata dan nota-nota dorangan tersebut.

Gen-2 ReuNite!


Alhamdulillah.
Berakhir sudah.
Malam Reunion Generasi ke-2 PKPIM UIAM.
Alhamdulillah juga.
Lebih 30 orang hadir malam ini.

Mari.
Lihat gambar-gambar.







Older Posts