Blogger Template by Blogcrowds.

Sudah Sampai Seru mereka....

(Gambar Pinjam, Terima Kasih)

Salam, kepada teman-teman sekalian. Sekian lama sudah blog generasi dua ini tidak dikemas kini. Akhirnya jari-jemari terasa hendak menaip. Selain mengemas kini blog kita, mari kita mengemas kini pula cerita rakan-rakan kita.... Mula-mula kita kemas kini status 'Bujang' sahabat-sahabat kita...

Mula-mula yang mendahului kita mengakhiri zaman bujang ialah Hibatullah @ Bat dan Isterinya Husna... (Tahun 2000 berapa tak ingat daa... tapi kad jemputan mereka cantik...) Ok Tahniah. Sekarang, Alhamdulillah, mereka sedang menanti cahaya mata. Mereka dalam perancangan ke Australia. Sama-sama kita doakan mereka...

Kemudian, diikuti dengan Aqilah dengan suaminya abang Shahnizam... Alhamdulillah... Jarang-jarang dapat jumpa mereka (Pak Wawan je kot)

Musim cuti sekolah ni, ramai pula... tetiba je dapat jemputan... siapa dia yang mengikuti jejak langkah yang diatas mengakhiri 'bujang'nya...

Ini kadnya...

Tahniah kepada Wan Khalid dan juga NuurHayyu... Sekali Wan Khalid dah maju selangkah lagi daa... 6 Jun di Kuantan, 13 Jun di Presint 16, Putrajaya. Jemput datang ye...

Seterusnya, Kak Aemy dan Nik Mohd Nasrun. (Kad kak Aemy Pak Wawan tak dapat, tapi mesej ada dapat. Pasal tak minta... Jadi siapa yang ada boleh kongsi....). 6 Jun juga, hari Ahad, di Pasir Mas Kelantan. (Jauh juga tu...) Jauh tak jauh siapa nak pergi boleh pakat-pakat... Naik bas boleh, keretapi boleh (ye ke?), kereta pun boleh. Kalau nak jalan kaki, tak payah... Kui kui kui

Baik, calon seterusnya...



Tahniah Hasnul dan juga Zawani... Alhamdulillah... Tak perlu cerita panjang, siapa boleh pergi pakat pergi ramai-ramai... Hadiah jangan lupa bawa. (Hadiah senduk pun jadi la... He he he)

Tahniah pada mereka, kompang balun! Kelopak Kelopak! Jantung! Jantung!

(Pak Wawan ucap tahniah je dapat... nak pergi tak boleh, kena kerja...)

Baiklah, sampai sini dulu celoteh Pak Wawan. Kita tengok siapa pula yang akan menyusul ke jinjang pelamin selepas ini. Jeng! Jeng! Jeng!

P/S: Sesiapa yang pergi kenduri mereka, gambar tu jangan lupa kongsi...

0 Comments:

Post a Comment



Older Post Home